Kalkulator DSR Pinjaman

Debt Service Ratio = komitmen bulanan ÷ pendapatan kasar bulanan

Pekerjaan & pendapatan

Isi payslip 6 bulan terakhir (kosongkan bulan yang tiada). Purata akan digunakan.
Ikut Borang B / akaun / penyata bank. Jika hanya ada satu tahun, kosongkan tahun sebelumnya.
Pendapatan kasar bulanan (purata)-
Pendapatan bersih bulanan (purata)-

Komitmen sedia ada (RM/bulan)

Pinjaman baharu

Keputusan

0%
Had DSR digunakan-
DSR ikut gaji kasar-
DSR ikut gaji bersih-
Ansuran pinjaman baharu-
Jumlah komitmen sedia ada-
Jumlah komitmen keseluruhan-
Ansuran maksimum boleh ditambah-
Anggaran pinjaman maksimum-
Anggaran sahaja. Bank mungkin guna formula, had DSR dan potongan berbeza (cth. potongan lain).

Hantar permohonan

Cara isi

  1. Pilih jenis pekerjaan: makan gaji atau kerja sendiri.
  2. Makan gaji, gaji tetap: isi gaji kasar dan potongan KWSP, PERKESO + EIS, PCB serta potongan lain seperti dalam payslip. Gaji bersih dikira automatik.
  3. Makan gaji, gaji berlainan: isi gaji kasar dan bersih untuk 6 bulan terakhir daripada payslip. Kosongkan bulan yang tiada. Purata digunakan.
  4. Kerja sendiri: isi jenis perniagaan, tempoh berniaga, sama ada berdaftar SSM dan berapa tahun, sama ada ada isytihar cukai, untung bersih 2 tahun terakhir (Borang B, akaun atau penyata bank), cukai setahun dan caruman KWSP/SKSPS sendiri.
  5. Komitmen sedia ada: isi ansuran bulanan setiap pinjaman. Untuk kad kredit, isi baki tertunggak. Kalkulator ambil 5% sebulan.
  6. Pinjaman baharu: isi jumlah pinjaman, kadar faedah setahun dan tempoh dalam tahun. Pilih Auto (60% jika pendapatan RM4,000 ke bawah, 70% jika lebih) atau tetapkan sendiri 60%, 70% atau 80%.
  7. Baca keputusan: lihat DSR dan status. Hijau bermakna layak, kuning bermakna hampir had, merah bermakna melebihi had. Anda juga boleh lihat ansuran maksimum dan anggaran pinjaman maksimum.
  8. Pilih asas kiraan: tukar antara pendapatan bersih dan kasar kerana setiap bank mungkin guna asas berbeza.
Semua nilai dalam RM. Keputusan hanya anggaran dan bukan jaminan kelulusan.